Love Secret Song.. love u

Friday, 21 December 2018

RINDUUUUUU

Hai diariku yang dah berhabuk.. harini genap setahun sebulan 21 hari aku putus dengan si dia.. and now i'm still cannot move on with him.. i'm still with my past.. so sad abt my life... today, status ws dia muncul kat aku.. yahh aku tk buang nombor dia lagi but why dia tak buang nombor aku??? padahal dia dah ada awek baru kat U sana... stalker? yes! i am.. aku stalk laman sosial dia untuk nak tgok dia happy ke tak? and yes die happy dengan awek baru dia. but meee...... still lonely..

tapi kenapa dia tak buang nombor aku??? adakah standard ex tak buang nombor awek lama?? damnnnn.. aku iye lahh tkleh nk move on.. and now aku sambung degree pun tak pandang lelaki lain.. hati aku tak terbuka untuk mana mana lelaki pun. hmmmmm.... Ya Allah. and i hope ade jodoh terbaik untuk aku.. amin.. tolong doakan untuk aku.... πŸ˜₯

Thursday, 7 September 2017

PEDIH

hai diari kesayanganku...😭

harini aku menangis lagi.. aku xboleh tido dari smlm.. celik je mata menangis.. celik nagis.. typing pun still menangis... i don't know whyy aku jadi macam ni sampai demam.. aku demam dari semalam..batuk2 panas badan... why my life so sad..😒

mungkin aku tak boleh rasa kehilangan.. TAK BOLEH LANGSUNG!!!.. masa arwah makwo pergi mengadap Illahi.. aku x makan seminggu.. arwah nenek meninggal haritu sampai demam terukk..
and now! aku kehilangan orang aku sayang yg bukan mahram aku!! sakit dia ALLAH je tahu... sampai demam2 x selera makan tak banyak cakap..menyendiri.. tiada siapa tahu aku derita..
aku yg buat keputusan untuk minta dilepaskan tapi...... hakikatnya sakit! dia tak tahu kenapa aku minta untuk dilepaskan.. itu yg bertambah sakit....

SUSAH WEYH. NAMPAK TAK? TENGOK MUKA DIA JE AKU MENANGIS LAGI


susahnya nak move on.. perit..

"orang cakap suruh move on itu mudah, tapi yang menghadapinya perit" "sakit.."

sepanjang perkenalan kami.. aku jenis bangun awal.. aku rajin call dia pagi2 bangun solat subuh.. and now bila dah break up aku still bangun pagi rasa nak kejut dia... sebab aku dah terbiasa kejut. jadi rutin harian.. bila keadaan tidak boleh solat, aku still bangun awal sebab nak kejut dia.. bila dah tiada pape hubungan.. mata aku celik sendiri untuk bangun tanpa alarm untuk kejut dia.. ya Allah.. ape smue nii.. aku kena belajar untuk lupaka dia.. lepaskan dia. ikhlaskan dia pergi dari hidup aku..
Pagi tadi dan pagi semalam aku call dia.. just dapat dengar suara dia cakap "hmm. hmm" pun jadi dah.. aku rindu dia.. aku rindu suara dia.. aku rindu semua tentang dia.... kau kena ikhlas wahai hati..
pedih bila teringat dia.. tapi bila ingat apa dia buat belakang aku.. aku jadi marah.. but still sayang... bodoh aku!!!!!!! 2 hari aku tak pergi kelas.. alhamdulillah, Allah maha mengetahui.. kelas harini cancel.. demam teruk.demam rindu mungkin..

I MISS U BIE! πŸ’”
MFS

Wednesday, 6 September 2017

It's Over.

hai my diary.. 
yesterday.. 5 sept 2017 , my relationship is over. this is our ending...

yup.. aku menangis.. menangis tanpa orang lain tahu aku menderita.. aku yang memilih untuk minta dilepaskan.. aku dah tak kuat.. then bila aku minta putus.. aku nak kau fikir kenapa sebabnya aku jadi seperti itu.. kenapa aku beria minta dilepaskan bukannya dengan senang je kau jawab "nak sangat kan" "meh aku bagi, jom putus".. aku speechless...mudahnya kau jawab!!!!!!!! 

mungkin kau dah tak sayang aku.. ok.. aku takkan paksa kau.. takkan melutut kat kau supaya get back dengan aku.. kau sendiri pernah cakap kat aku "bila dah lepaskan takkan toleh belakang, takkan jilat balek sisa kau"..  yes!!! aku pun sama doh!!!!!!! aku pun bukan jenis patah balek.. aku jenis cuba buang jauh2 walaupun aku tahu diri aku jenis susah nak mati nak move on. itu aku! tapi aku takkan NEVER PATAH BALEK! tak kesah meroyan ke apa ke. aku takkan patah balek kepada orang yang tak pernah hargai diri aku, orang tak tahu erti setia, orang tak nampak kewujudan aku, orang cari perempuan lain bila kita gaduh, orang yang lari dari masalah, orang yang jenis tak tahu minta maaf.. aku give up.. aku tak cukup sabar untuk bersabar lagi dengan perangai kau.. aku tak cukup baik untuk kau.. kau ego terlalu tinggi.. amalkanlah sampai mati k.


bila aku bagi kata2 terakhir aku... kau boleh bagi respon "oke2" "bye2" je??? itu je?? nampak sangat kau memang nak buang aku dari hidup kau.. nampak sangat kau tak pernah sayangkan aku.. ya Allah.. bila aku baca respon kau.. aku hanya mampu cakap.. "ada perempuan yang terbaik yang mampu bersama kau dan ianya bukan aku sebab aku nak hargai diri aku yang tak dihargai oleh kau"

jika ini jalan yang terbaik untuk kita berdua.. aku cuba ikhlaskan permergian kau dari hidup aku. dan jangan datang balik.. aku masih sayang kau tapi aku takkan terima orang yang cari perempuan lain bila kita bermasalah.. kau jenis melayan.. sampai bila pun kau takkan berubah!  pergilah dekat perempuan yang kau melayan tuh. itu yang baik dimata kau. baiklah dimata aku.

good luck bro.. i will miss u but never want u back. whatever happen.. 

(Aku akan ceritakan kisah aku dan dia dari awal perkenalan hingga berakhirnya hubungan kami)
dari situ.. kau nilai lah..

Monday, 28 August 2017

Happy Anniversary!

today.. 28 August 2018 is my Anniversary.. genap 1 tahun.. 365 hari... I LOVE U..

macam2 dugaan aku tempoh untuk sampai setahun hubungan kami ni.. ada banyak benda aku simpan, aku pendam sebab sayang...

tapi.. si dia lambat wish.. dia busy sebab dah msuk belajar.. tak tahu lah sama ada dia lupa atau betol2 busy... maroh dia sebab lambat wish.. siapa tak merajuk... Ulangtahun!!!!!! sentap weyh..  tapi still sabaa... rilek.. i don't know lah dia tak kisah or what!..

by the way... 22 haribulan ogos 2017 haritu..(selasa) my sayang datang shah alam lawat i..
padahal 26 ogos ni dia dah kena gi perlis.. masuk belajar.. sanggup dia mari..

tapi kan..... aku tak tahu dia datang sini semata nak jumpa aku atau nak ambil kad siswa.. adakah dia datang sini semata just nak tunaikan janji dia. that's all???
i don't know.. tapi still happy sangat dia datang sinii.. aku rindu diaa.. dia datang sini bertambah sayang aku dekat dia.. rindu tahap teruk weyhh!!! 5 bulan tak jumpa!!!!

meh citer sikit..

Malam before dia datang sini kiteorg ws mcm biasa smpai tergaduh.. dia taknak datang shah alam. padahal dia dah beli tiket.. aku merajuk la.. kalo taknak jumpa aku cakap..sentap lah.. alih2 baik balik.. i'm super duper excited bila love nak datang lawat kita... 5 bulan tahap pedih rindu. sakit allah je tahu. azab dia..so si Dia naik bas tiket hari isnin pkol 12 tghari.. maybe smpai malam...Malam dia sampai tu. ade game bola kat stadium shah alam..sesak nak mati..member rumah gigih nak tengok bola.. aku korbankan bola demi sayang aku.. aku sanggup sewa kereta sebab esok nak dating 1 hari..

pkol 8.30 or 9 malam. bila ambil my sayang kat depan perdana.. rasa debor giler.. sebab lama sangat tak jumpa.. rindu giler nak mati tapi cover.. chill.. dia cari kereta yang aku pakai.. biasanya kiteorg dating pakai kereta housemate aku. kereta saga flx merah.. tapi disebabkan sewa kereta.. kereta saga putih.. dia sampai kat kereta tgok dia dari luar terpinga pinga cari kereta aku.. Perasaan time tu.. Ya Allah.. kuatkanlah iman aku.. sesungguhnya sangat merindui hambaMU ini yang ada depan mata aku.. aku hon kereta.. bag isyarat.. bila dia masuk kereta.. Allah rindu tengok muka dia depan2.. dia masuk je kereta terus mengadu cakap dia jatuh tadi. ALLAH.. my sayang jatuh. kesian diaa.. mulut dia terus membebel cakap jem laa. rasa nk turun bas laa.. tak tahan bau aircond laa.. rindu...

after amek dia, kiteorang terus pergi Masjid Shah Alam.. (Masjid byk kenangan aku dan dia, tiap kali dating mesti solat kat masjid ni).. turun2 je masjid.. aku jalan kat depan.. tetibe dia berhenti.. dia pandang aku atas bawah.. dia terus cakap. KENAPA MAKIN BESAR NI?? (yahh.. aku mmg gemok dan bertambah gemok) hahahaaah.. sedih weyh.. lepas solat kiteorang pergi makan kat food court batu 3. tempat my sayang rajin gi.. sebab murah makanan kat sana. dia order nasi goreng USA air tembikai xsilap.. aku nasi goreng cina fresh orange.. makan2 sembang2.. tanya lepas ni nak pergi mana.. nak tido kat mana.. gaduh2 jugak laa. dia nak tido hotel or tido rmh kawan dia.. and last decide tido rmh umar(kwan dia).. first pergi tesco beli tuala.. dia tak bawak tuala.. Then after tesco pergi Uptown Sek 24( uptown shah alam).. my sayang nak cari belt. nak sambung belajar kannn... pusing2 uptown. dia cari belt laa.. beli seluar laa.. (seluar suruh aku pilih padahal dia sibok halau aku bila aku nak tengok.. merajuk kejap. bawak diri. pah tu datang kat aku panggil2 "mok2"meh pilihkan seluar..) aku pun pilihkan..... pusing2 then balek.. dah pkol 12 lebih xsilap. aku hantar die balek rmh kwn dia.. aku pun balek rumah sewa aku.. letih weyh jalan..

bermula hari kami dating (selasa)

Pagi2 aku bangun awal giler sebab excited nak dating dengan love. lepas siap2.. pkol 9 pagi aku gerak gi rumah sewa kawan dia.. call dia suruh keluar rumah.. dia datang aku suruh dia drive kereta.. kitaorang pergi sarapan di kedai "Nasi Lemak Cinta Sayang" Ini kedai terakhir aku makan dengan dia 5 bulan yang lepas.. (14 april 17).. after makan... kiteorang gerak terus pergi Bank Rakyat untuk ambil kad siswa dia (alasan dia datang shah alam kat ummi dia semata nak ambil kad siswa).. kad aku dah amik jumaat lepas.. aku x bgthu dia aku dah ambil.. walaupun dah ambil dulu duit tuh still aku tak guna ok.. after dia amek kad dia baru aku cakap aku dah amek aku punya..

yang atas aku punya.. dia yg bawah.
After pergi bank..kite plan nak jalan2 tapi tiasa arah tujuan.. hahahha.. bincang2 then pilih nak pergi Sunway.. kiteorang sampai2 dlm 12 tghari gitu.. sampai2 pergi check tiket wayang.. citer apa yang ada..usha2 gaduh2 smue. akhirnya pilihlah "Annabelle". before tengok kena pergi solat zuhur dulu.. aku kalo dengan dia kena latihkan solat awal..sebab dia bakal imam wajib solat, awalkan solat.. itu penting bagi aku.. walaupun jahat mana pun diri kita.. solat itu penting.. lepas tu cuba awalkan solat.. dia akan jadi iman untuk zaujahnyaa. latih laa dari sekarang...

last movie date with love..😒
kiteorang after tengok wayang, nak main skating.. excited dah bawak sarung tangan..tapi...... my sayang takot nak main takot jatuh nanti kena gelak... hanya mampu tengok orang main je.. hmmm... lepas tu pergi solat asar dulu kat surau then keluar sunway.. my sayang ajak pergi Tasik Shah Alam..
(tasik shah alam paling banyak kenangan aku dengan sayang.. tempat dating..)
my sayang ajak main kayak.. giler tak excited.. aku mmg dah lama nak main kayak.. bila naik aku pulak yang gayat.. seram.. takot jatuh.. rupe2nya dia dah biasa main kayak. lol.. my sayang je yg asyik kayuh... hahhaha.. nasib laa dapat awek gemokk..

gigih biee bawak kat area ni semata nak ambil gambar..hahhahahha
main kayak sampai 6.30 or 6.45 ptg xsilap.. kejap masa berlalu.. Malam tu biee nk balek terengganu dah.. tiket dia pkol 9.30 malam.. sedih giler.. kejap sangat!!! betol2 1 hari spend time together.. sedihhhhhhh nak mati weyh!!.. after main kayak.. kiteorg pergi kompleks PKNS.. nka pergi kedai ustaz.. before tuh bantai makan aiskrim McD.. lepas tu pergi ustaz beli cable USB ... then pergi masjid Shah Alam balek untuk solat maghrib tunggu sampai isyak..kiteorang keluar masjid pkol 9... tiket dia balek 9.30 malam.. dalam kereta otw nk pergi station bus.. aku senyapp.. sedih.. aku tahan nangis.. aku taknak nangis depan diaa.. sedih weyh... then parking.. die terus turun sebab bas nak gerak dah.... aku sanggup pusing station tuh semata nak tengok bas dia...😭😭😭😭😭😭... aku menangis dalam kereta bila dia naik bas!... bila bas dia gerak! aku kejar bas diaa.. (ini dia tak tahu)..
merana bila tengok dia pergi... bila lagi dapat jumpa lagi... adakah jodoh kami masih panjang.. adakah umur kami panjang??? . ALLAH ALLAH ALLAH.. itu je aku mampu sebut.... melalak aku sambil drive..

itulah kisah kami dating 1 hari setelah 5 bulan tak jumpa.. hati ini hanya mampu berdoa dan yakin dengan kententuanNYA.. 

"Ya Allah, jika dia jodohku, engkau peganglah hati dia untukku kerana kau milik hatinya dan panjangkanlah jodoh kami"  amin.

setelah dia balek.. hari rabu dia busy uruskan barang2 dia untuk sambung belajar.. hari khamis dia busy amek biasiswa dia dan ptg tuh dia gerak pergi perlis... hari jumaat dia berjalan pergi P.Pinang dengan family dia.. hari sabtu dia busy masuk U.. ahad busy dengan minggu MSK dia... sejakk rabu kami jarang chat.. aku selalu tunggu dia.. rindu dia.. aku rasa kehilangan dia.. sejak ini aku rasa..hmm

THE END..

DARI INSAN YANG AMAT MERINDUINYA..

Tuesday, 15 August 2017

I'M SO SAD

Hari sabtu haritu.. si dia bagitahu dia akan amek jugak Uni tuh.. i'm so happy but i'm sad.. sebab jauh sangat.. aku sedih smpai aku demam.. aku tk bgithu dia pun.. aku demam smpai batuk2 teruk hilang suara. tpi bila otp dengan dia.. suara kena cover.. harini baru aku cakap aku demam.. dia tak caya pun... hmmm... kkkkk..

aku sedih sangat sangat.....sumpah sedih and now still xleh move on.. xleh nk terima kenyataan dia nak masuk belajar dah..
"ya ALLAH , jagalah hati dia untukku" AMIN

sedih sangat ni.... takut sangat sebab jauh.. hmmm
DAHHHHHHH.. (xboh citer pasal mende ni.. sedih)

si Dia selalu busy lately ni. busy settlekan borang2 untuk masuk U.. borang untuk biasiswa.. untunglahhh...
aku support dia tapi support dalam sedih sampai demam2.. sedihhh weiiiii

Dia busy sangat letih2 sampai malas nk buat semua mende..

Nah aku payung gambo dia sikit..

my bae foreverπŸ’–

kesian letih sangat.. hahhahahahahha... take care love..

always love u 

πŸ’™ DARI HATI YANG TAK BERAPA SADO DAN CUBA UNTUK SADO..

Sunday, 6 August 2017

Be Patient

Bersabarlah awak...

Awak.. saya nak awak kuat.. saya taknak awak sedih.. Mungkin Allah swt nak uji awak.. Allah rindu awak mengadu pada-Nya.. Allah swt sangat rindukan awak... saya nak awak kuat! tabah hadapinya... pedulikan kata orang.. Allah Maha Mengetahui..


saya nak awak usaha baik mungkin.. Allah swt akan tengok usaha awak.. berdoa dan tawakal..

saya sokong awak apa pun pilihan awak.. awak pilihlah pilihan terbaik untuk masa depan awak.. 
saya tetap akan sokong awak!! love uπŸ’“

" cuba dekatkan diri dengan Allah swt, cuba baiki diri, munasabah diri dan cuba sehabis baik untuk jadi baik.. inn sha Allah, Allah swt akan mudahkan hidup kita dan mendapat ketenangan"

always love u 😘

Thursday, 3 August 2017

Congratulations

Tahniah Awakkk.........
Tahniah dapat sambung degree!!! Harini Result UPU keluar!!!



saya happy giler awak dapat sambung belajar walaupun saya sedih... sebab jauh giler.. Hujung Malaysia..😒 perlis
saya tahu awak pun frust giler sebab awak tak dapat KOS & UNI yg awak nak.. i feel u yang..πŸ˜₯




but.. awak patut bersyukur.. tak semua orang kat luar sana dapat sambung belajar.. ramai yang menangis kt luar sana...

"bersebab Allah SWT letak awak kat perlis.. mungkin Allah swt nak uji awak, adakah awak BERSYUKUR?..Allah swt mungkin nak awak berusaha lagi dan memohon berharap pada-Nya.. Allah swt nak awak dekatkan diri lagi dengan-Nya.."

saya sedih sangat bila awak cakap awak give up. taknak sambung belajar sebab awak dapat kos yg awak tak minat.. saya nak awak usaha sikit. Try apply direct kt Uni yg awak nak tu.. but, awak cakap  MALAS GIVE UP.. do u know what i feel????? I feel so sad dear 😭..
and i know awak lagi lagi lagi sedih... saya taknak awak sedih.. saya nak awak buat keputusan yang bijak.. Saya sentiasa sokong awak, sentiasa dibelakang awak tak kira awak jatuh mahupun bangun.. saya sokong semua keputusan awak.πŸ’“

Tak kesahlah awak belajar jauh ataupun dekat.. yang penting sekali ialah

"TOLONG JAGA HATI AWAK UNTUK SAYA SEPERTIMANA SAYA JAGA HATI SAYA UNTUK AWAK "
Awak dah janji dengan saya.... i trust u dear..

yang penting sekali bila awak duduk jauh.. JANGAN TINGGAL SOLAT!!!
ESPECIALLY SUBUH DEAR.. INGAT.. PERGI MANA2 KITA BAWAK MARUAH IBUBAPA KITA.. MARUAH UMMI..

semakin Long distance relationship kita ni.. itu buat saya sedih nak matii.. saya punyalah berharap awak dapat kat selatan.. hmmm.. takpelah.. rezeki awak.
pape pun saya tetap sayang awak.

ok tu je.. saya sentiasa doakan awak berjaya dunia dan akhirat.

"Jaga mata, Jaga hati, Jaga Iman"

assalamualaikum

RINDUUUUUU

Hai diariku yang dah berhabuk.. harini genap setahun sebulan 21 hari aku putus dengan si dia.. and now i'm still cannot move on with him...